Otot (disebut [o.tot]) merupakan jalinan tisu dalam tubuh sebarang hidupan termasuk manusia atau haiwan yang punya tugas utamanya mengucup dan mengendur. Pengucupan dan pengenduran ini otot digunakan untuk menggerakkan tulang dan seterusnya memindahkan bahagian baik di luar mahupun di dalam tubuh badan (yakni organ-organ hidupan tersebut).
Perkataan ini merupakan kata warisan (doublet) seakar perkataan "urat" melalui serapan bahasa Jawa (ꦲꦺꦴê¦ ꦺꦴê¦ ꧀ otot, dari penggandaan ot turunan akar *uRat.)
Jenis-Jenis Otot
Sel otot merupakan sel dengan banyak nukleus yang terjadi kerana proses lakuran sel mioblas. Secara umum, terdapat tiga jenis otot: otot rangka, otot licin dan otot jantung.
Otot rangka
Otot jenis ini sering terikat pada tulang badan melalui tendon. Ia mempunyai ciri yang membolehkan pergerakan yang spontan dan efektif serta memerlukan tenaga besar. Otot ini mudah lelah disebabkan oleh penumpukan asid laktik pada sel-selnya. Pergerakan otot jenis ini terjana daripada isyarat motor berasal dari otak dan bersifat sedar (bukan refleks). Otot ini terdapat pada hampir keseluruhan tubuh bahagian luar manusia dan haiwan.
Otot licin
Otot licin ditemukan dalam organ pencernaan dan pembuluh darah serta bekerja dengan pengaturan dari sistem saraf tidak sedar atau saraf autonomi. Otot jenis ini dibentuk oleh sel-sel dihasilkan dari gelendong dengan kedua hujung meruncing, serta mempunyai satu inti tunggal.
Otot jantung
Otot pada jantung ini bekerja secara terus-menerus tanpa henti. Pergerakannya tidak dipengaruhi saraf tunjang, tetapi lebih kepada pengaruh hormon.
Catat Ulasan