Covid-19 Pengalaman Satu Keluarga Ketika Menghadapi Penyakit Ini

Covid-19 Pengalaman Satu Keluarga Ketika Menghadapi Penyakit Ini

 

Covid-19 Pengalaman Satu Keluarga Ketika Menghadapi Penyakit Ini

Covid-19 Pengalaman Satu Keluarga Ketika Menghadapi Penyakit Ini, ringkasan ini dikongsi untuk anda semua.


Hari ni jangkitan C19 di Kelantan dan seluruh malaysia makin meningkat sehingga ke angka yang sangat tinggi dlm masa satu hari amat membimbangkan.


Pengalaman kami 10 orang dalam satu famili yang telah dijangkiti C19 selama hampir 20 hari amat menakutkan dan menyeramkan. C19 boleh mengharu birukan sistem tubuh kita, yang tiada penyakit jadi ada penyakit, yang sudah ada penyakit jadi bertambah2 penyakit !


Dua orang anak yang tiada penyakit darah tinggi, tiba-tiba darah naik tinggi melambung dan kena makan ubat darah tinggi selepas discaj.


Diserang Penyakit Lain


Ada yang tak pernah ada penyakit tyroid, tiba-tiba ada tyroid dn kena makan ubat tyroid selepas discaj!


Semasa berada dalam wad, setiap hari juru x-ray lengkap dengan PPE datang ke wad kami untuk x ray supaya paru-paru kami sentiasa dapat dipantau dan diberi ubat segera supaya terkawal dan sembuh.


Setiap hari nurse datang degan PPE untuk ambik darah dan bagi ubat.


Setiap hari doktor incaj dan doktor pakar menghubungi untuk bertanya kabar berkenaan simptom baru yang ada, sekiranya ada, kena lapor segera dan diubati segera supaya tidak melarat.


Simptom2 baru tidak menentu, ada batuk, sesak nafas, demam, cirit birit, yang paling menakutkan kalau sesak nafas.


Kalau kecemasan ada simptom baru, kalut para frontliners berbincang mencari ubat dan datang ke wad kami walaupun jam 1 atau 2 pagi untuk sediakan ubat kepada kami supaya simptom itu dapat diubati, sangat-sangat menyusahkan pihak frontliners sedangkan ramai lagi pesakit-pesakit lain yang harus dijaga dan diberi pemantauan.


Ada frontliners yang tak sempat makan seharian kerana memantau kita !


Ada frontliners yang keguguran kerana menjaga kita!


Malah ramai yang yang telah dijangkiti dan terkorban akibat C19 ni..!


Kasihanilah mereka !!!


Amalkan SOP


Oleh itu, menjadi kewajipan kepada kita semua berhati-hati dan berjaga-jaga supaya C19 ini dapat dihapuskan rantaiannya, janganlah kesusahan ini terus berulang-ulang tanpa ada kesudahan, sayangilah diri kita dan orang yang berada di sekeliling kita.


Kalau pulang jumpa ahli keluarga yg dah lama tak jumpa atau ada apa-apa darurat.


Amalkan penjarakan!


Elakkan bersentuhan!


Jagalah SOP dengan betul! Pakailah mask setiap masa! Sanitizelah tangan! 


Walaupun ketika berada dalam rumah ! 


Supaya rumah kita terhindar daripada penyebaran virus C19 ni !


Janganlah kerana kegembiraan yang sekejap menyebabkan keluarga dan orang sekeliling kita menderita berpanjangan!


Kita jaga kita dn kita jaga orang lain supaya kita tidak menyusahkan diri sendiri dan juga orang lain, terutama sekali anak dan orang tua yang tidak berdaya.


Janganlah kamu mencampakkan dirimu ke arah kebinasaan...kamu rasa diri kamu kuat...tapi sebenarnya kamu tidak !


Sanggup ke kita kalau kita berada dlm wad keseorangan dengan sakit lagi tanpa dapat ditemani dan diziarahi oleh orang tersayang ?


Sanggup ke kita kalau berpisah dengan orang yang disayangi ?


Sanggup ke kita kalau melihat orang yg disayangi sakit dan warded kerana kita ?


Semua itu kita takkan sanggupkan.. walaupun sekejap !


Kalau ada simptom dlm diri kita seperti demam , sakit tekak dan batuk-batuk, segeralah jumpa doktor dan hindarilah diri kita drpd berada dengan orang lain! Jangan libatkan orang lain terjangkit dgn penyakit yang kita sedang alami! 


Prevention is better than cure! 


Doa kita berterusan hendaklah disertai dengan usaha kita yang berterusan untuk menghindarinya!


Kasihanilah ahli keluarga kita dan orang di luar sana. Simptom penyakit C19 ni tidak dapat dijangka. Ianya berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain!


Semoga Allah melindungi kita semua drpd C19.


Semoga Allah memberi kekuatan dan kesembuhan kepada yang sudah terjangkit.


Semoga Allah menghapuskan C19 ni dengan segera drpd kita semua..


Amin3 ya rabb...ya Mujibussaailin...


Sumber Asal: Nik Zulina



Post a Comment

Terbaru Lebih lama